Make your own free website on Tripod.com

 

 

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KENINGAU II   " SUPER CEMERLANG"   ...   " BUDAYA ILMU TERAS KECEMERLANGAN" ...

 

 

LEMBAGA DISIPLIN SMKKII

 

LEMBAGA DISIPLIN SMKKII

( seperti yang tercatat di dalam BUKU REKOD DISIPLIN PELAJAR, SMK Keningau II )

 

A. Pendahuluan

    Disiplin merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memperkenalkan Sistem Merit - Demerit bagi tujuan mengawal dan mengatasi masalah disiplin di kalangan pelajar di sekolah ini. Sistem ini merupakan satu sistem memotong dan memberi markah kepada pelajar berdasarkan tingkahlaku mereka di sekolah ini.

    Pelaksanaan sistem ini akan memberi peluang kepada pelajar memperbaiki disiplin mereka. Ini kerana setiap pelanggaran disiplin yang dilakukan akan dipotong markah mengikut tahap kes dan juga pelajar akan diberi peluang untuk menambah markah mereka berdasarkan tingkahlaku yang baik. Dengan ini pelajar akan cuba mempertahankan tahap disiplin mereka pada tahap yang baik supaya tidak dikenakan tindakan atau hukuman tatatertib oleh pihak Lembaga Disiplin Sekolah seperti yang terkandung dalam buku ini.

    Pihak sekolah amnya dan pihak Lembaga Disiplin khasnya berharap agar pelaksanaan sistem ini akan dapat mengawal disiplin pelajar dan sekurang-kurangnya dapat mengatasi masalah disiplin di sekolah ini. Namun sistem ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama daripada semua pihak termasuk ibubapa dan masyarakat.

B. TINDAKAN DAN HUKUMAN

 

1.    Semua pelajar yang berada pada kelas ketiga hingga kelas kelima wajib mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

2.    Pada masa pendaftaran kenaikan tingkatan, semua pelajar yang berada pada kelas berikut perlu:

    2.1    Kelas Ketiga

            i.        Ibubapa/penjaga perlu menandatangani surat perjanjian dengan pihak sekolah.

    2.2    Kelas Keempat

            i.    Ibubapa/penjaga perlu menandatangani surat perjanjian dengan pihak sekolah

           ii.    Pelajar perlu berjumpa dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling

          iii.    Pelajar perlu kerja amal selama seminggu dalam tempoh sejam.

    2.3    Kelas Kelima

            i.    Ibubapa/penjaga perlu menandatangani surat perjanjian dengan pihak sekolah

           ii.    Pelajar perlu berjumpa dengan pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling

           iii.   Pelajar perlu kerja amal dua minggu dalam tempoh sejam.

3.    Kelas keenam - Pelajar dibenarkan bersekolah pada tahun tersebut tetapi tidak akan diterima mendaftar semula pada tahun berikutnya.

4.    Pelajar yang mendapat markah di bawah 0 akan digantung tanpa tarikh

 

C.    PANDUAN PEMBERIAN DEMERIT ( PEMOTONGAN )

 

1.    KESALAHAN BERAT ( 50 MARKAH )

 

1    Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga

1.2.    Mengedar, menghisap atau menyimpan bahan tembakau atau alat untuk menghisap bahan tembakau

1.3    Membawa, menghisap atau menyimpan bahan tembakau atau alat untuk menghisap bahan tembakau.

1.4    Membawa, menyimpan atau meminum minuman keras

1.5    Melakukan pergaduhan atau kekasaran

1.6    Memukul, mengancam, mengugut atau biadap terhadap guru.

1.7    Memukul, mengancam atau mengugut pengawas atau pelajar lain.

1.8    Melakukan atau terlibat dalam unsur perjudian.

1.9    Melakukan buli, paksaan, penderaan, pemerasan, mencuri atau menceroboh masuk kawasan larangan.

1.10    Membabitkan diri dalam kumpulan haran

1.11    Mencabul kehormatan pelajar lain.

1.12    Melakukan zina, liwat atau hubungan luar tabii

1.13    Bersekedudukan atau melakukan kegiatan yang tidak bermoral

1.14    Mengeluarkan kenyataan dalam akhbar tanpa kebenaran pihak sekolah

1.15    Merosakkan harta benda sekolah

1.16    Membawa bahan letupan

1.17    Membabitkan diri dalam rusuhan atau perhimpunan haram

1.18    Menyalahgunakan peralatan elektronik atau multimedia

1.19    Membawa atau menggunakan senjata atau benda tajam

1.20    Menganjur atau membabitkan diri dalam aktiviti kebudayaan yang bertentangan dengan nilai masyarakat

1.21    Ponteng sekolah 30 hari berturut-turut

1.22    Menjejaskan kuasa pengetua ketika menjalankan tugas

1.23    Kesalahan lain yang difikirkan perlu diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin Sekolah

 

2.    KESALAHAN SEDERHANA ( 30 MARKAH )

 

2.1    Melakukan mana-mana kesalahan ringan kali ketiga

2.2    Bermain permainan yang berunsur perjudian

2.3    Membawa tetamu dari luar ke kawasan sekolah

2.4    Bercumbu

2.5    Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran

2.6    Mencuri

2.7    Tidak amanag, meniru semasa peperiksaan dan berbohong

2.8    Menyalahgunakan peralatan elektrik

2.9    Melakukan aktiviti "vandalisme"

2.10    Ponteng sebarang acara rasmi sekolah

2.11    Ponteng sekolah

2.12    Memiliki, membawa, menyimpan, melukis atau menunjukkan isyarat lucah

2.13    Melakukan hubungan yang dicurigai

2.14    Fesyen rambut yang keterlaluan atau menyalahi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

2.15    Tidak menghormati lagu dan bendera kebangsaan

2.16    Kesalahan lain yang difikirkan perlu diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin Sekolah

 

3.    KESALAHAN RINGAN ( 10 MARKAH )

 

3.1    Melakukan mana-mana kesalahan biasa kali ketiga

3.2    Menyimpan misai, janggut dan jambang

3.3    Berambut panjang

3.4    Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan larangan

3.5    Mengguna atau membawa peralatan sekolah tanpa kebenaran

3.6    Keluar bilik darjah tanpa kebenaran atau pas keluar

3.7    Ponteng kelas

3.8    Berada di kantin semasa waktu pembelajaran tanpa kebenaran

3.9    Menggunakan atau membawa alat hiburan ke sekolah tanp akebenaran

3.10    Tidak mematuhi peraturan makmal

3.11    Memakai alat perhiasan seperti klip atau ikat rambut berwarna, pewarna kuku, pewarna rambut, cincin, rantai dan gelang serta berkuku panjang

3.12    Memasuki bilik khas tanpa kebenaran

3.13    Makan dan minum di dalam kelas

3.14    Melakukan pembaziran air dan elektrik

3.15    Memakai pakaian sekolah yang  tidak mengikut peraturan dan tidak berpakaian sekolah dengan lengkap

3.16    Semua kesalahan yang bersabit dengan pembelajaran seperti tidak membawa buku teks, tidak membuat kerja rumah dan tidak hadir kelas tambahan

3.17    Lewat bergerak ke perhimpunan

3.18    Menggunakan kenderaan tanpa lesen

3.19    Bising, mengganggu ketenteraman dan mengganggu kelas lain

3.20    Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan perlu diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin Sekolah

 

4.    KESALAHAN RINGAN ( 5 MARKAH )

 

4.1    Berjalan-jalan tanpa kebenaran

4.2    Tidak membuat kerja yang ditugaskan

4.3    Tidak memberi perhatian

4.4    Mengganggu kawan

4.5    Keluar kelas tanpa kebenaran atau pas keluar

4.6    Mengganggu guru

4.7    Tidak membawa buku latihan

4.8    Lewat masuk kelas tanpa sebab

4.9    Bising

4.10    Makan dan minum dalam kelas

4.11    Membuang sampah merata-rata atau mengotorkan kelas

4.12    Tidak duduk setempat

4.13    Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan perlu diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin Sekolah

 

 

NOTA

1.    Sekiranya terdapat kes salahlaku yang tidak tercatat dalam buku ini, pihak Lembaga Disiplin BERHAK MENENTUKAN JUMLAH DEMERIT yang dikenakan ke atas pelajar tersebut setelah mendapat persetujuan daripada Pengetua.

2.    Pihak sekolah berhak membuat pindaan / perubahan / penambahan dalam Buku Rekod Disiplin Pelajar denganmemberikan lampiran atau maklumat bertulis ataupun amaran lisan.

3.    Pelajar boleh menambah merit mereka dengan membuat KERJA AMAL. Markah maksimum untuk setiap keraja amal ialah +10. Pelajar boleh membuat beberapa kali kerja amal untuk menambah markah.

4.    Jika pelajar melakukan sebarang kesalahan selepas membuat kerja amal tersebut, semua markah tambahan yang diberi akan DITARIK BALIK.

5.    Semua peraturan dan keputusan yang terdapat dalam buku ini adalah muktamad.

 

 

 

PANDUAN PEMBERIAN MERIT ( PENAMBAHAN MARKAH )

 

Bil Perkara Markah
01 Melaporkan sesuatu kes kepada guru didiplin atau mana-mana guru 10
02 Membantu guru melakukan sesuatu kerja 5
03 Membuat sesuatu kerja yang baik dengan ikhlas tanpa arahan guru 5
04 Menyiapkan kerja yang diberikan dan menghantar pada masa yang ditetapkan 3
05 Mengembalikan sesuatu benda yang dijumpai 5
06 Kehadiran penuh ke sekolah 10
07 Kehadiran penuh dakam aktiviti sekolah 10
08 Menjadi wakil ( sekolah / daerah / bahagian / negeri / kebangsaan ) 10, 15. 20, 25
09 Menyandang jawatan ( Exco Mini Kabinet / Pengawas PSS ; Pengerusi Kelas / Persatuan / Ketua Kelas; Timbalan Pengerusi / setiausaha; Bendahari / Tim.Setiausaha/ Penolong ketua Kelas; AJK Persatuan / Kelab ) 20, 15, 10,8,5
10 Menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan oelh sekolah 5
11 Mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan ( Setiap mata pelajaran A diberikan 10 merit ) No1 = 15; No 2 = 10 ; No 3 = 5

  

 

Lihat IKRAR PELAJAR